Tuesday, 22 November 2011

Hana Tajima

Assalamualaikum...!!

Hana Tajima..saya mula2 nya xkenal die nie..bile saya tngk cerita Si Tudung Tweet baru lah tahu siapa orgnye..Hana Tajima nie lebih dikenali sebagai pereka fesyen dengan jenamanye iaitu Maysaa..Banyak blog perempuan malah lelaki pun ada menyebut nama ini terutama apabila dikaitkan dengan fesyen busana muslimah. Gambar-gambar yang disertakan membuktikan fesyen rekaannya begitu menjadi ikutan gadis-gadis bertudung masakini. Nama ini juga sering menjadi sebutan di kalangan penulis blog Muslim.



Siapa sebenarnya Hana Tajima?

Secara ringkas, nama sebenarnya ialah Hana Tajima-Simpson, berusia 23 tahun (pada 2011). Berasal dari sebuah keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupannya. Bapanya berasal dari Jepun dan ibunya wanita keturunan Inggeris. Mula memeluk Islam seawal usianya 17 tahun dan minatnya terhadap Islam bermula sewaktu di sekolah tinggi dan berkawan dengan beberapa pelajar Muslim.

Daripada sahabat Muslim itulah Hana secara perlahan-lahan tertarik dengan falsafah Islam seterusnya mempelajarinya terus daripada sumbernya iaitu al-Quran. Baginya, al-Quran tetap sama dari sebelumnya yang menunjukkan ia boleh menjadi titik rujukan bagi semua perkara. Segala kebenaran yang dibawa oleh Islam membuatkannya tidak boleh berkata tidak seterusnya mengambil keputusan untuk memeluk Islam

Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran akhirnya membuatkan Hana memutuskan untuk memeluk Islam. Tanpa menemui sebarang paksaan dan halangan,  dengan hanya disaksikan oleh teman-teman Muslimahnya, Hana pun mengucapkan dua kalimah syahadah. "Menyatakan perkara tersebut kepada keluarga adalah sesuatu yang mudah. Saya tahu mereka akan gembira selagi mana saya juga gembira, dan mereka boleh melihat ianya adalah sesuatu yang baik," tuturnya.








Kini, fesyen busana Muslimah yang diusahakannya mendapat sambutan daripada kalangan muslimah seluruh dunia malah turut diterima di kalangan yang bukan Islam.Hebat betul die nie..!!


Yuna Zarai, siapa xkenal kn...! Yuna merupakan seorang kawan baik kepada Hana nie.tengok tudung die same je kan..:))


Cantik lah die niee..


Ok lah, saya out dulu..!!^_^