Sunday 14 June 2015

Puteri Abah

Assalamualaikum. Kawan bg cerita ni. Sedih :') Rindu abah.

Puteri abah, kasih sayang abah.

Abah ini bukanlah mampu membeli kereta mahal-mahal jika kamu nakkan ia . Tetapi jika abah mampu, abah akan usahakan. Abah juga tidak mampu membeli handphone beribu harganya buat kamu. Tapi jika abah masih kuat kudrat, abah akan usaha belikan.

Abah ini sudah tua. Tengok lah tangan abah. Dah berkedut. Kulit tapak tangan abah juga sudah keras. Tapi puteri abah, ingatlah, walaupun tangan abah begini, abah akan lindungi puteri abah. Jika ada lelaki yang mengganggumu, dengan tangan ini abah akan menumbuk dia. Jika barangmu yang ingin dibawa masuk ke hostel itu terlalu berat, dengan tangan abah ini, abah akan mengangkatnya. Untuk puteri abah, apalah sangat duit yang abah beri untuk belanja diuniversiti. Kalau yuran dan bukunya mahal sekalipun, abah tak akan kata apa kerana bagi abah, nilai anak abah yang dianugerahkan Allah itu tidak ternilai harganya kalau nak dibandingkan dengan duit buku yang tebal dengan harga ratusan.

Kadang puteri abah ini telefon nombor abah tapi nak cakap dengan mak. Kata rindu sangat pada mak. Abah tak kisah sebab abah tahu betapa peritnya mak kamu mengandungkan dan melahirkan kamu. Tapi sekali, abah ingin juga dengar puteri abah ini kata " rindu abah ". Tapi kalau malu, tak apa lah. Kalau hati puteri abah ini dah rasa rindu kat abah pun dah cukup. Abah gembira dah.

Anak abah, puteri abah, kasih sayang abah, anugerah abah,

Jaga dirimu anakku. Tutuplah auratmu dengan sempurna. Abah dah buat macam-macam buat kamu. Sanggupkah kamu tengok abah masuk neraka? Walaupun abah sentiasa berusaha gigih supaya kamu dan abah bersama di syurga.

Puteri abah sukakan seseorang? Abah ok. Tapi janganlah buat abah sedih. Abah jaga puteri abah dari kecil tapi kamu sanggup bagi semuanya pada lelaki yang abah pun tak kenal. Kamu boleh Mesej dia hari-hari, tapi sehari kamu nak mesej abah pun payah. Tak sayangkan abah? Jagalah maruah kamu annakku. Kalau bukan untuk abah, untuk diri kamu sendiri.

Ajal abah entah bila akan sampai. Abah dah tua. Lama sudah abah hidup. Dari kamu tak boleh cakap, sampailah kamu dah berlari sana-sini masuk dewan kuliah. Entah-entah abah tak sempat tengok kamu kahwin. Tak sempat tengok kamu habis belajar pun. Tapi cukup bagi abah, ada puteri macam kamu. Cantik, baik, pandai dan sayang abah. Kalau abah tak ada sebelah kamu pun, tak apalah. Kasih sayang abah sampai bila-bila ada buat puteri abah.

Abah menangis bila tengok kamu tidur. Menangis sebab terharu melihat kamu membesar dengan baik. Tapi janganlah pulak kamu menangis banyak sangat bila abah tidur panjang. Sebab yang pergi ialah abah, bukan kasih sayang abah. Abah tinggalkan kasih sayang abah buat puteri abah yang manis ini.

Belajar elok-elok. Pilih suami elok-elok. Jaga diri elok-elok. Banyak lagi sebenarnya abah nak cakap. Tapi abah takut, tiba-tiba ajal abah sampai, tak sempat pula abah nak send pesanan abah ini. Sudahlah ye. Abah pergi dulu. Assalamualaikum wahai puteri abah, kasih sayang abah. Abah sayangkan kamu.