Ma, remember this? you bought it for me You follow the trip of villagers for vacation in Penang. I've told you that I want to go too but you said I cannot go because I must to go to school. I ask you to buy something from there. And you bought this. Even it's just a keychain, I'm very appreciate. You told me that you like this keychain because it unique and you wanna buy it for me. Yah, it's unique, ma. I keep it at pencil box and most of all my teacher see and touch it. This keychain about three years now. I miss you. So much. Sorry for my grammar.
Tuesday, 11 August 2015
Sunday, 14 June 2015
Puteri Abah
Assalamualaikum. Kawan bg cerita ni. Sedih :') Rindu abah.
Puteri abah, kasih sayang abah.
Abah ini bukanlah mampu membeli kereta mahal-mahal jika kamu nakkan ia . Tetapi jika abah mampu, abah akan usahakan. Abah juga tidak mampu membeli handphone beribu harganya buat kamu. Tapi jika abah masih kuat kudrat, abah akan usaha belikan.
Abah ini sudah tua. Tengok lah tangan abah. Dah berkedut. Kulit tapak tangan abah juga sudah keras. Tapi puteri abah, ingatlah, walaupun tangan abah begini, abah akan lindungi puteri abah. Jika ada lelaki yang mengganggumu, dengan tangan ini abah akan menumbuk dia. Jika barangmu yang ingin dibawa masuk ke hostel itu terlalu berat, dengan tangan abah ini, abah akan mengangkatnya. Untuk puteri abah, apalah sangat duit yang abah beri untuk belanja diuniversiti. Kalau yuran dan bukunya mahal sekalipun, abah tak akan kata apa kerana bagi abah, nilai anak abah yang dianugerahkan Allah itu tidak ternilai harganya kalau nak dibandingkan dengan duit buku yang tebal dengan harga ratusan.
Kadang puteri abah ini telefon nombor abah tapi nak cakap dengan mak. Kata rindu sangat pada mak. Abah tak kisah sebab abah tahu betapa peritnya mak kamu mengandungkan dan melahirkan kamu. Tapi sekali, abah ingin juga dengar puteri abah ini kata " rindu abah ". Tapi kalau malu, tak apa lah. Kalau hati puteri abah ini dah rasa rindu kat abah pun dah cukup. Abah gembira dah.
Anak abah, puteri abah, kasih sayang abah, anugerah abah,
Jaga dirimu anakku. Tutuplah auratmu dengan sempurna. Abah dah buat macam-macam buat kamu. Sanggupkah kamu tengok abah masuk neraka? Walaupun abah sentiasa berusaha gigih supaya kamu dan abah bersama di syurga.
Puteri abah sukakan seseorang? Abah ok. Tapi janganlah buat abah sedih. Abah jaga puteri abah dari kecil tapi kamu sanggup bagi semuanya pada lelaki yang abah pun tak kenal. Kamu boleh Mesej dia hari-hari, tapi sehari kamu nak mesej abah pun payah. Tak sayangkan abah? Jagalah maruah kamu annakku. Kalau bukan untuk abah, untuk diri kamu sendiri.
Ajal abah entah bila akan sampai. Abah dah tua. Lama sudah abah hidup. Dari kamu tak boleh cakap, sampailah kamu dah berlari sana-sini masuk dewan kuliah. Entah-entah abah tak sempat tengok kamu kahwin. Tak sempat tengok kamu habis belajar pun. Tapi cukup bagi abah, ada puteri macam kamu. Cantik, baik, pandai dan sayang abah. Kalau abah tak ada sebelah kamu pun, tak apalah. Kasih sayang abah sampai bila-bila ada buat puteri abah.
Abah menangis bila tengok kamu tidur. Menangis sebab terharu melihat kamu membesar dengan baik. Tapi janganlah pulak kamu menangis banyak sangat bila abah tidur panjang. Sebab yang pergi ialah abah, bukan kasih sayang abah. Abah tinggalkan kasih sayang abah buat puteri abah yang manis ini.
Belajar elok-elok. Pilih suami elok-elok. Jaga diri elok-elok. Banyak lagi sebenarnya abah nak cakap. Tapi abah takut, tiba-tiba ajal abah sampai, tak sempat pula abah nak send pesanan abah ini. Sudahlah ye. Abah pergi dulu. Assalamualaikum wahai puteri abah, kasih sayang abah. Abah sayangkan kamu.
Sunday, 1 February 2015
Perginya insan tersayang
Assalamualaikum. Hye lame xbuka blog nie. Tahun lepas SPM. Byk dugaan yg berlaku. 17/9/2014 ma saya telah kembali ke rahmatullah menghadap Illahi. Ma sakit. Sakit cancer. Detected cancer pada bulan 12 tahun 2012. Ma ada breast cancer. Buat rawatan kimoterapi dan operate. Tp atas ketentuanNya, cancer tu merebak ke kepala. Allah saja yg tahu betapa sakitnya ma waktu tu. Tp ma cuba juga kuat. Beli ubat utk sakit cancer dan mcm2 lagi. Kalaulah abah ada, mesti ma lagi semangat. Tp tu lah, semenjak abah kembali menemuiNya pada 2010, adik nampak ma down. Walaupun ma senyum, adik tahu ma sedih. Dulu ma selalu tanya adik kan, "adik xrindu abah ke?". Adik senyum je. Tp dlm hati adik, adik sebak, rindu sgt kat abah. Siapa sangka, abah pergi sebaik saja rumah yg abah buat siap. Adik waktu tu form 1. Baru masuk alam persekolahan menengah. 5 Mac 2010 abah pergi. Tinggalkan ma dgn ank2 ma. Sejak abah xde, adik tidur dgn ma. Adik xkisah bila kwn ckp adik manja. Tahun lepas adalah tahun plg berat dugaan utk adik. Adik SPM. Breast cancer ma naik ke kepala. Ada sekali tu ma sakit sgt. Bwk pegi hospital, adik jaga ma sbb adik beradik yg lain duduk jauh. Ma masuk pkul 2 pg. Adik xtidur pon. Pukul 5 pg, qaiyum ambik adik sbb adik kena pegi skolah. Petang pegi jenguk ma. Tp bila ma sedar, ma xigt anak2 ma. Ma tahu x, betapa takutnya adik waktu tu. Adik tgk ank2 laki ma menangis bila keluar dr wad. Tp lama2 ma igt. Doktor suruh operate dan doktor ckp lps operate kemungkinan besar ma akan lupa ingatan. Dgn izin Allah dan doa dr org sekeliling ma, ma igt dan sihat. Bersyukurnya adik. Tp Allah uji kami lagi. Kesihatan ma semakin merosot pd bulan puasa tahun lps. Ma xboleh bangun mana dan sampai la satu tahap ma xboleh bangun langsung. Ma kurus. Dan sampai la saat bila kaklang dan syikin bagitau adik yg ma dah xlama. Doktor jangka ma akan pergi sebelum raya haji. Adik kaku, senyum, pelik, mcm2 ada dlm fikiran. Kadang terfikir dlm hati, dah macam dlm cerita. Tp ini realiti. Ma selalu kata ma lenguh kaki dan suruh urut. Dan 17/9/2014 ma pergi. Betul sangkaan doktor. Adik buka wechat adik dan adik baca apa yg adik post pd hari kaklang bgtau. Tarikhnya adalah 17/8. Betul2 sebulan sebelum ma pergi. Lagi sebulan lebih je ma, adik nak SPM. Adik waktu tu, Allah je tahu apa yg adik rasa. Dulu waktu adik PMR, ma buatkan adik makanan utk sahur sbb adik puasa waktu periksa. Tp waktu SPM adik beli air ducthlady je dgn mkn kurma. Masa PMR dulu ma teman adik waktu adik study pg dan solat tahajjud. Skrg adik study sorang2. Sedih xterkata. Adik jealous tgk kawan adik bergurau dgn ibu dia. Nnt result SPM, mesti adik lg sedih bila tgk kwn2 bwk mak ayah diorg. Ma igt x bila kita berdua janji nnt adik nak bwk ma buat umrah sama2. Tp bila Allah dah ckp 'kun faya kun', mcm mana sekali pun ia ttp terjd. Dlm masa 4 tahun, insan yg adik syg kembali menemui penciptanya. Rindunya adik pd ma dan abah. Andai ini takdir adik, adik redha. Semoga ma dan abah ditempatkan dikalangan org yg beriman. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)