Thursday, 13 September 2018

Salam Maal Hijrah 1440/2018



Bismillah. Sedar tak sedar sudah dua tahun saya tidak melayari blog ini. Kerana kekangan masa yang dihadapi membuatkan tidak sempat untuk berblogging. Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah yang ke-1440 buat seluruh umat Islam. Semoga kita menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya dan menjadi yang terbaik untuk tahun-tahun yang akan mendatang. Amin, InshaAllah. 

Bulan Muharam mempunyai seribu satu keberkatan bagi mereka yang tahu menghargai dan menilai kelebihannya, melalui amalan yang dianjurkan untuk dilaksanakan umat Islam sepanjang bulan ini. Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. 

Wallahu'alam bissawwab :)

No comments:

Post a Comment

:))