Sunday, 3 June 2012

Istimewanya bulan Rejab..!

Assalamualaikum u'olls.... lamanye x update blogger niee... mlz nk update coz line lembap.. nie pon guna wifi maksu I... hahaha.... okey lahhh, nie kan bulan Rejab jomm kita tengok serba sedikit pasal bulan nie.. :D


1.     Rejab ialah bulan ke tujuh dalam Takwim Islam.
2.      Bulan Rejab ialah salah satu daripada empat bulan haram.
3.      Dikaitkan bulan Rejab dengan bulan Allah manakala Sya’ban ialah bulan RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam dan Ramadhan ialah bulan umatnya.
4.      Rejab adalah tangga pendakian kesempurnaan yang pertama dan pelantar untuk melonjak ke bulan Sya’ban dan seterusnya ke dalam keberkatan bulan Ramadhan.
5.      Rejab ialah bulan wilayat ( dengan maulid Imam Ali pada 13 Rejab ).
6.      Rejab ialah bulan pengutusan risalah ( Pengutusan Rasul dan turunnya surah Iqra’ ).
7.      ‘Lailatur Raghaib’ ialah gelaran malam Jumaat pertama bulan Rejab.
8.      Amalan Doa Ummu Dawud ialah amalan khusus nisfu Rejab.
9.      Beberapa maulid dan shahadah para Auliya’ ilahi berlaku pada bulan Rejab.
10.  Waktu terbitnya matahari Wilayat dari dalam Kaabah Baitullah ( yakni kelahiran Imam Ali bin Abi Talib di dalam Kaabah ) berlaku di bulan Rejab.
11.   Kelahiran Rumah Tauhid ini telah hidup kerana Tauhid dan telah syahid di jalan Tauhid.
12.   Kelahiran Rumah Tauhid ini mempunyai hubungan yang istimewa dengan surah Tauhid.
13.   Rejab ialah nama sebatang sungai di dalam syurga yang airnya indah dipandang begitu wangi dan enak rasanya.
14.   Dalam riwayat dituntut untuk dibaca 10 ribu kali atau seribu kali atau 100 kali surah Al-Ikhlas sepanjang bulan Rejab.
15.   Nama-nama surah Al-Ikhlas ialah ‘Qul Huwallahu Ahad’‘Tauhid’‘Shomad’ dan  ‘Nisbatur Rab’ (Pengenalan Tuhan).