Friday, 29 April 2016

Kem Sg. Pauh, Cameron Highland


Hai korang. Hari ni Dawie nak cerita pasal kem yg Dawie pergi. Kem ni dibawah subjek koko Kembara Rekreasi. So, nak xnak wajib pergi la uolls. Kem yg Dawie pergi ni buat dekat Sg. Pauh, Cameron Highlands. Uihhh sejuk nohh. Btw mmg sejuk, xtipu. Serious (chinjaaa) haaaa. Haaha. Pergi nya masa 22, 23 dan 24 bulan April 2016, kiranya minggu lepas ler ni bersamaan RM 80 hinggit (package 3 hari 2 malam). Pengalaman kem ni sangat best tau. Al maklumlah firstime haahaha (maluu). Meh Dawie buh gambar sambil cerita. Baru syiok kan.


Eh tertunjuk gambar beg pulak. Haha ni beg bagpacker yg Dawie bawak. Dia punya excited tu nk pergi sampai beli beg baru. Hee xde lah, beli beg ni sbb xde beg nk bwk. Kebetulan anak sedara pun pergi kem jugak pd tarikh yg sama. Dia bawak beg sekolah kita yg dulu. Nak xnak I beli ler jugak. Manalah tau berguna utk masa hadapan. Yer idokk? 


Ni dah sampai di Kem Sg.Pauh. Perjalanan dr Kuala Kangsar ke kem ni ambil masa dlm 3 jam sbb kami bertolak dr pukul 4 pm gitu, sampai sana dalam pukul 7pm. Maaflah gambar ni xsharp mana sbb ambik gambar time berjalan, mana xgoyangnya. Huhu


Suasana malam dan lepas baru pasang khemah ni. Dawie dgn kawan (Anis) tido dalam khemah besar tu (yang belakang). Dlm tu boleh muat dlm 30 org. Bak kata En. Zul (lecturer kembara), "tgh panas 30 org boleh muat, time sejuk ni 40 org boleh muat. Tido berhimpit, sejuk kan." Hhahaa dia punya punchline. Terima kasih En.Zul sbb xpernah lupa buat kami tersenyum.


Waktu ni tgh makan2. Makanan depa bg yg tin2, lepastu kena masak sendiri. Huhu oh lupa sebelum ni, tgh duk kira orang, dalam senarai nama ada 167 orang. Bila duk kira sorang2, ada 168 org (omaigodd) celah mana datang sorang lagi pun xtau. Kami seram sejuk ja. Hahaaha lepas duk kira tu lecturer kata, "xpa lah kami halalkan". Then, En. Zul bahagikan group, 5 perempuan 5 lelaki. Group kitorang 6 perempuan 4 lelaki, pasal xcukup. En. Zul kata "yg lelaki dpn sekali bangun. Okay ni ketua korang, pastu yg perempuan dpn sekali bangun". Dawie dah Alhamdulillah. Haha. Lepastu En. Zul diam kejap. Dia cakap "duduk balik, yg belakang sekali perempuan, semua bangun". Allahu Dawie pulak duk belakang sekali. Terus dia cakap, "okay ni penolong ketua korang". HAHA rasa nak babap je En. Zul ni. Haihh sis redho je la >.< Lepas dah makan apa semua, kami masuk tidoq.


Haa ambik kau, ketaqq abis satu badan. Tido dalam khemah. Dalam khemah tu, meh sis nak bgtau, kami tido beralaskan tikar nipis je. Dengan pasirnya sejuk. Allahurabbi, sejuk sungguh. Ni firstime pi Cameron suhu 15'C. Mula Dawie tido pakai stoking dgn baju sejuk, pastu xtahan sgt dah pakai kasut. Xmenjadi jugak. Mcm xpakai apa kat kaki. Sejuk sgt.


Ni suasana waktu pagi. Lawakan? I'm getting fall in love with this place. Ce wahh.


Ni group kami, tgh duk masak. Yg laki nya excited, setiap kali masak, depa yg masaknya. Yg perempuan xmasak pun. Bukan apa, kami segan, bukan malas, serious eh. Kalo duk rumah pun, kita duk tgh masak tetiba abg mai jenguk tgk. Dawie dah marah dia suh pi depan. Xpayah duk menyibuk kat dapur. Heehe maaflah kalo kami xmenyenangkan korang. Aihh


Group lain duk masak.



Ni lokasi kem Sg.Pauh. Lawakan. Ada sungai, sungai bersih. Xdan nk ambik gambar sungai tu. Hihi


Tadaaa. Haa ni yg group kami masak. Semua kena masak sendiri even nasi pun. Nasi + Sardin. Sudu tu ada dua sbb kongsi dgn mek Anis. Lecturer suh makan nasi sbb lepas tu kena hiking Gunung Berembun.

Bab hiking ni nak cerita sikit. Kami ada 17 group semuanya. 8 group pi hiking, yg selebihnya buat flying fox dulu dgn abseiling (yg turun tali dr tempat tinggi). Dawie tersangat sangat x100 malu gila time ni. Makkkkkkkk. Sbb Dawie nk hiking tp cepat penat. Haa mcm mana tu. Kira org duk focus kat Dawie. Hiking ni pun Dawie firstime. Ingatkan kira okay lah. Tp adoyyai, dengan pernafasan xcukup. First start tu dlm 10 minit, 2 org xmampu nk hiking, so diorang turun balik. Dawie ni degil,  dah tau cepat penat nk pegi jgk. Sbb Dawie ckp pada diri sendiri, selagi kau xkuat, sampai bila2 kau xboleh hiking. Hmm diorang sampai ambik kayu buat tongkat. Hahaha malu gila. Last sampai jgk di puncak. Mula igt balik dgn jalan lain, sbb satu jalan tu okay sikit drpd yg masa naik tu tp ambik masa lama la sikit. Dawie ckp xpalah asalkan bukan jalan td. Jalan yg sebelumnya, Ya Allah dgn curam nya, licin, mmg bahayalah. Tp tu lah, mmg terpaksa lalu jgk jalan td, xtau pasal apa. Nak balik tu pun satu dugaan jgk. Addoii, group Dawie 2 laki, 2 perempuan teman Dawie. Geng kami mmg ketinggalan lah. Ada sorang lagi mcm Dawie, cepat penat jugak. Dengan keadaan sejuk. Jd pernafasan agak terhad. Time nk panjat tu sorang laki group Dawie suh pegang kayu, maknanya dia tarik Dawie pakai kayu tu. Damn malu gila kot. Huuuu rasa nak nangis, rasa xmau pergi kolej dah, takut terserempak dgn depa. Rasanya pengalaman paling malu yg Dawie pernah rasa. Kami hiking ambil masa 4 jam 30 min pergi balik. Flying fox dgn abseiling xsempat buat sebab hujan. Adehh padahal Dawie paling tringin sangat nak flying fox. Mungkin InshaAllah nextime.


Ni waktu malam terakhir, kami kena buat persembahan utk setiap group. Biasalah kem. Mesti ada malam santai2 punya ( malam kebudayaan)


And nak tau kami buat persembahan apa? Of course nyanyi lagu, lagu 'Memori Berkasih' Hahahahaaha ni nk gelak kuat ni.


Ni tangan Anis, org nak ambik gambar, dia sebok nak interframe jgk. Biar tangan je pun. Hhuhu



Ini hari terakhir kami. Masa ni tgh buat ujian khemah utk sape yg xselesai buat ujian lagi. Kami ada 5 ujian, ujian ikatan tali, ikatan anduh, pasang dan lipat khemah, peta dan kompas. Setiap ujian 5 markah semuanya. Ujian ikatan tali, ikatan anduh, pasang dan lipat khemah dah buat sehari sebelum pergi kem ni. Sbb lecturer ckp nnt dekat kem xde lah ambik masa sgt.



Ujian kompas dan peta xbuat lagi sbb ada masalah teknikal. Dan tau x, masa lecturer En. Azizi, En. Hairol, En. Murad dan En. Zul berucap depa bagitau yg ujian dua tu depa bagi bonus. Sbb depa rasa kem kali ni paling enjoy depa pernah pergi :)) Alhamdulillah. En. Azizi bgtau, "kali ni xde injured, ada sikap saling kerjasama. Kami semua rasa sangat seronok". :D




Waktu ni duk tunggu berapa orang lagi yg tgh pasang khemah. Sambil tunggu lecturer buat lawak, menyanyi, menyakat student melatah. Haha memang lawak. Sporting abis.


Majlis penutup dan penyerahan sijil.



Waktu ni dah abis, diorang saling salam bersalaman. Seriously sedih gila. Xsangka mcm ni pulak. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan? Maaf teremo pulak (rasa sebak) :')



Masa utk bergambar. Carilah mana saya. Hehe


Ni gambar google. Tp nk bgtau sebelum balik sempat pergi beli strawberry utk family. Ladang dekat je dgn kem ni. Jalan kaki ramai2. Masa balik drpd beli strawberry, En.Zul acah² nak tahan student depan Dawie. Tp dia ketepi dan Dawie yg kena tahan. Dia tanya beli apa sambil tgk dlm beg plastik. Saya cakap, "beli strawberry". Pastu dia tanya, "berapa semua, nk bg sape?" Mungkin dia tanya sbb Dawie beli 5 kotak strawberry. Dawie jawab, "RM 25 semua, utk familylah". Dia terkejut, tanya balik "Family? Awak duk mana?" Saya jawab "Perak". Dia kata balik "ye lah Perak kat mana, duk kat kolej?", saya kata "dkt Padang Rengas, duk dgn family". Baru dia faham, dia kata "ooo bagus beli utk family, beli utk mak. Nnt kirim salam dekat mak tau". Dawie senyum sambil kata InshaAllah. Ma ada org kirim salam. :')

Okay tu je lah Dawie nak story. Harap korang enjoy, walaupun Dawie tau xsiapa nak baca. Blog ni dah mcm diary Dawie :))

Terima kasih atas semua yg terlibat dan minta maaf atas kekurangan Dawie.

Friday, 26 February 2016

My Family


When I was just a little child
I began to see
I had a special family
Who is always there for me

A family that stands by you
No matter what you've done
Who picks you up and dries your tears
And points you to the sun

A family that laugh with you
And helps you see the good
A family that will love you
More than you thought they could

Since I was just a little child
I've been so very blessed
To have a special family
You simply are the best


Baru-baru ni Dawie ada post pasal nak recite poem untuk assesment kan? Ni lah tajuknya. Recite poem ni secara pairwork. Jadi hafallah 2 stanzas setiap sorang. Poem ni Dawie suka. Pasal ada banyak kena mengena dengan kehidupan kita. Nak citer ni 👉👈 Hari ni kakak Dawie dah balik Gemas dah, dgn Dahlia dan Zahra (niece) Setelah nak dekat setahun duk ngan kami. Kakak pregnantkan si Zahra aritu, pastu berpantang terus kat sini. Yelah, kami dah xde ma abah. Jadi kakak Dawie, Syikin dgn Dawie lah jaga dia masa tgh pantang walaupun xmcm berpantang mana pun. Haha hmm duk sini lama sbb suami kerja askar. Byk duty dgn pergi kursus. Kalau duk sana pun, duk sorang2 dgn anak2 kat rumah. Susahlah, tu yg duk sini terus. Banyak suka duka bersama. Hari ni dah balik. Terus rasa sunyi rumah. Sedih pulak 😞 Balqis, anak kakak sekolah kat sini. Ibu dia kata senang kalau dia nak balik sini. Lepas salam2 td si Balqis masuk toilet, ambik air sembahyang sbb nak mengaji dengan Syikin. Keluar dr toilet, mata dia merah, tgh mengaji pun terketar2. Abis mengaji terus menangis. Anak mana xsedih bila ibu dia balik sana dgn adik2. Dawie pun sebak. Menitis jgklah air mata 😅 Haihh Dawie dibesarkan dgn family yg ramai. So bila masing2 dah besar, ada kehidupan sendiri dan one by one pergi duduk asing2, rasa xbiasa. Sbb tu bila diorang balik Dawie suka. Gaduh2 tu biasa lah. Tp tu lah, bila diorang xde kat rumah baru terasa kasih sayang diorang pastu tetiba rindu 😁

Monday, 8 February 2016

In LOVE ??



Dawie datang lagi. Haha xboleh nak fokus cari bahan assignment. Amacam tajuk? Gempak x? >.< Hmm ni nak story sikit. Berapa kali dah mimpi pasal dia. Mesti ada dia. Dawie dalam mimpi pun terkejut mcm mana dia boleh ada dlm mimpi Dawie. Haha seram pulak. "Dia" ?? Sape tu. Someone that I loikeee. Alahh suka gitu2 je. Mcm la korang xpenah suka sape2 kann? Huhu Anis dgn Ecah (BFF) kenal la kot. Anis ni suka kacau Dawie sbb dia study tmpt yg sama dgn Dawie. So tau lah rahsia2 mengarut ni. Haha and she's the one yg suka sebut panggilan president ni. Sis kennot, sis sensitif sikit dgr pasal president2 ni. Hahaha kalau ma ada ni mesti dia ckp anak dia dh gatal nk kahwin ** Xde lah. Nama pun mimpi, mainan syaitonn nirojim!! 
.
Ckp pasal jodoh ni kan, jujur Dawie ckp perempuan kot mana2 pun mesti dia cari yg handsome dulu tau. Tp dunnot worry lah sbb dtg lah sehandsome mana pun lelaki tp maruah wanita tdk dijaganya, perempuan tu xnak punya kat dia. And perempuan ni kalau dia jumpa lelaki yg tgk pun dah nyaman ** bab kata Ustaz Azhar Idrus, "apa tanda itu jodoh yg sesuai?" . " Bila kita tengok hati rasa tenang ", dan belum dgn layanannya yg baik, she'll know that he's the one. Handsome?? tolak tepi semua tu. Dawie pun, nakkan future suami yg menjadi seorang khalifah yg mampu membimbing Dawie ke syurga Firdaus. InshaAllah. Huhu gatai nohhh. Bye ^^







Assignmentsssss


Hye. Minggu ni masuk minggu ketiga dah untuk sem 2. Alhamdulillah everything being okay and doakan semuanya berjalan lancar utk sem 2 ni dan sem2 yg seterusnya. Amin. Minggu ni start belajar dah, sbb 2 minggu sebelum ni minggu add / drop . Tp hari ni sis cuti sbb kan Gong XI Fa Cai. Sis tgh cuti ni uollss muahaha. Tu pun 2 hari je la. Syukur. Duk main dgn minggu add / drop ni pening sungguh. Mana x nya, dah susun elok2 jadual tuptup ada satu subjek tu buat pembubaran tiba2. Dah la buat kelas hari sabtu petang. Grrr sis kennot. Haha sis drop lah subjek tu. Pastu cari ustaz nk isi borang manual sbb kelas dah full. Ustaz pulak xde dgn nombor fon ustaz pun xtau. Pening2 ** And 3 hari lepas ada someone informed yg subjek Dawie drop tu tukar pulak hari isnin. Add ler balik sbb jadual xbertembung. Huhu



And nk bgtau ni, assignment dah dpt. Haha -_- Kena cari poem, hafal and recite lah dpn students lain. Sobss sobs Dawie ni cepat nervous orgnya. Duk dpn org ramai perghhh menggeletar habis. T.T Macam manalah nk bg hilang nervous tu. Tgk org lain steady je, sis jealous. Okay lah nk cari bahan utk assignment sebenarnya ni. Kelain pulak dah ^^

Tuesday, 19 January 2016

About Rasulullah S.A.W / Nabi Muhammad S.A.W


Hai semua, harini Dawie buat entry tentang idola Dawie, rasanya bukan idola Dawie sorang je kot tp idola kpd semua umat Islam kan? Siapa yang tidak mengenal baginda, bagindalah pemimpin terbesar umat Islam sepanjang masa, dan dinobatkan sebagai tokoh nombor satu yang paling berpengaruh di dunia. Okaylah Dawie xnak cerita panjang. Berikut adalah biodata dan sejarah ringkas tentang Nabi Muhammad S.A.W.

BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)



SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’



Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa. 

Thursday, 14 January 2016

Rindunya alahai ;')

Assalamualaikum, hai. Tetiba rasa rindu dekat parents. Ye la, ma & abah duk jauh. Xdpt nk jumpa. Rindu tau x. Dawie mampu kirim doa je, baca yasin. Kadang tu sampai termimpi-mimpi. :') Diorang tgh bhagia tu. Tu yg lama xjenguk adik dlm mimpi. Hehe. Hmm xpayah nak berkias lg, sebenarnya parents Dawie dah balik jumpa penciptaNya. Abah pergi waktu Dawie form 1 bulan Mac 2010. Sakit jantung. Bahaya penyakit ni, tetiba mai serang. Ma pulak sebab cancer . Dr breast cancer ke brain cancer. Dugaan Dia bg mmg mencabar. Ma pergi masa sebulan lg Dawie nak SPM 2014. Sebelum ni Dawie ada tulis dlm blog ni tp Dawie dah delete. Emo sgt ayat dia. Hihi. Alahai rindu sungguh kat ma abah. Kadang tu tgk parents kawan mai jemput anak dekat u, rasa nak menjerit, menangis kuat-kuat. Tp xboleh la. Kang org ckp apa pulak ;p Jealous sungguh. Dawie cuma nk pesan jaga parents baik-baik tau. Bila diorang dah xde nnt, korang akan rasa sunyi sgt even family, kawan ada dekat dgn korang. Percayalah. Jangan sesekali sakitkan hati mereka. Parents ni makin tua makin jd budak2 blk. Perangai mcm budak2. Saat tu korang akan nmpk mereka comel sgt. :)) Sayang mereka & kalau boleh luangkan masa utk diorang. Bawah ni  gambar ma abah Dawie.


Waktu di Sabah. Rindu. Hukhuk



Abah :)



Abah waktu muda. Hensem x? Haha patutlah ma terpikat :D

Sinopsis dan Link untuk movie Dilwale

Assalamualaikum. Sekarang kan duk famous pasal movie Dilwale. Hakak dah tgk. Haha okaylah. Ni Dawie nk bg sinopsis ttg cerita and for those yg xtgk lg Dawie ada bg link utk download cerita ni. Dari pencuri movie 'psssstt' . Haha nak download movie tu tekan je link yg Dawie bg tu and just click "free download". Tp ingat movie ni 1.1gb tau. Pandai2 lah korang langgan tenet ke ambik wifi org ke, okay ? >_<  Haaa bawah ni sinopsis dulu. Serba sedikit ttg jalan cerita movie ni.





Sinopsis Film Dilwale 2015:

Khali (ShahRukh Khan) terlibat dalam dunia gangster dan telah dikhianati oleh wanita yang dicintainya, Meera (Kajol). Ketika Raj sedang menolong adiknya, Veer (Varun Dhawan), mengejar gadis yg diminatinya, Ishita (Kriti Sanon), Raj bertemu Meera kembali setelah 15 tahun. Meera salah faham dan masih belum bisa memaafkan dan melupakan masalah di antara mereka. Dan kedua-duanya ternyata masih mempunyai rasa cinta antara satu sama lain. Yang terjadi selanjutnya adalah peristiwa lucu yang penuh aksi dan drama. Apakah yang akan terjadi pada kedua kekasih itu dan juga keluarga mereka?


*p/s : Raj tu Khali.

Judul Film : Dilwale

* Film Tayang: 23 Desember 2015
* Genre: Action Comedy Crime
* Sutradara: Rohit Shetty
* Produksi: Red Chillies Entertainment
* Rating: D 17+
* Durasi: 156 minutes
# Cast:
- Kajol
- Shah Rukh Khan
- Kriti Sanon
- Varun Dhawan


Link download MOVIE DILWALE


; Sebelum tu lupa. Movie ni xde subtitle. So kena download subtitle lah. Just search dekat google, malay subtitle or english subtitle untuk movie Dilwale. Download subtite kejap je. Xpakai byk mb pun. Pastu nk tgk nnt pasang skali. :))


Ni Kajol dgn ShahRukh Khan. Kawan baik kan. Dr movie Kuch Kuch Ho Tai, Kabhi Kushi Kabhi Gham, My Name is Khan dan byk lagi. Ni Dilwale pulak. Yg heran tu makin tua makin cantik, lawa, handsome. Haha okaylah. Apa-apa pun bye.

Wednesday, 13 January 2016

How to put music on Blogger / Cara mudah letak lagu dalam Blogger

Assalamualaikum. Lama xbuka blog. Heee. Buka tu buka tp xupdate. Ni Dawie duk cari mcm mana nk buh lagu dlm blog. Duk jealous asyik buka blog org tetiba keluar lagu. Haha dawie nak jgk. Jenuh duk buat tp xjadi2. Bila buka satu blog ni menjadi pulak apa yg dia ajr. Boleh buh byk lagu pulak. Mashihh abam. Haha. Okay ni Dawie pulak yg nak kongsi tips mudah and simple lah cara abam tu ajar. InshaAllah menjadi. X perlu nak sign in apa2. X perlu coding2 yang serabut bagai ni, buat pening jer nanti.

STEP 1 Dashboard --> Layout --> Add a gadget --> Javascript/ HTML

STEP 2 Set up untuk lagu. Korang boleh pergi SCM Player http://scmplayer.net/ <= klik link ni 

STEP 3 Korang pilih la JE skin jenis apa yang korang nak. Nanti just 'tick' pada bulatan tu tau and tekan 'NEXT'.


Pastu pilih lagu yg korang nak.


And then type je Tajuk yg korang nk letak pastu sebelah dia copy link URL dr youtube . Buka je lagu yg korang nak dekat youtube pastu kat atas tu copy link dia and paste kan dekat box yg dia sediakan. Buh la berapa byk lagu yg nak. Okay ? ;p

 Pastu tekan 'NEXT' lagi.


Then, penuhkan tick pada ruang tu. Ikut kreativiti korang la. Bila dah siap tekan butang 'DONE'

STEP 4
Sekarang, korang boleh laa dapatkan kod untuk lagu korang tadi. Just copy semua kod dalam box tu dan paste kan dalam javascript/ HTML seperti di langkah 1 tadi.


STEP 5
Bila dah siap, apa lagi?? SAVE laaaa. Selamat mencuba. =)