Tuesday 19 January 2016

Rasulullah (Nabi Muhammad S.A.W)


Hai semua, harini Dawie buat entry tentang idola Dawie, rasanya bukan idola Dawie sorang je kot tp idola kpd semua umat Islam kan? Siapa yang tidak mengenal baginda, bagindalah pemimpin terbesar umat Islam sepanjang masa, dan dinobatkan sebagai tokoh nombor satu yang paling berpengaruh di dunia. Okaylah Dawie tak nak cerita panjang. Berikut adalah biodata dan sejarah ringkas tentang Nabi Muhammad S.A.W.

BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN * Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN * Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W

1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’


Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa. 

Thursday 14 January 2016

Rindunya alahai ;')

Assalamualaikum, hai. Tetiba rasa rindu dekat parents. Ye la, ma & abah duk jauh. Tak dpt nk jumpa. Rindu tau tak. Dawie mampu kirim doa je, baca yassin. Kadang tu sampai termimpi-mimpi. :') Parents Dawie dah menemui penciptaNya. Abah pergi waktu Dawie form 1 bulan Mac 2010. Sakit jantung. Bahaya penyakit ni, tetiba mai serang. Ma pulak sebab cancer . Dari breast cancer ke brain cancer. Dugaan Dia bg mmg mencabar. Ma pergi masa sebulan lg Dawie nak SPM 2014. Sebelum ni Dawie ada tulis dlm blog ni tp Dawie dah delete. Emo sgt ayat dia. Hihi. Alahai rindu sungguh kat ma abah. Kadang tu tgk parents kawan mai jemput anak dekat u, rasa nak menjerit, menangis kuat-kuat. Tp tak boleh la. Kang org ckp apa pulak ;p Jealous sungguh. Dawie cuma nk pesan jaga parents baik-baik tau. Bila diorang dah takde nnt, korang akan rasa sunyi sgt even family, kawan ada dekat dgn korang. Percayalah. Jangan sesekali sakitkan hati mereka. Parents ni makin tua makin jd budak2 blk. Perangai mcm budak2. Saat tu korang akan nmpk mereka comel sgt. :)) Sayang mereka & kalau boleh luangkan masa utk diorang. Bawah ni  gambar ma abah Dawie.


Waktu di Sabah. Rindu



Abah :)



Abah waktu muda. Hensem x? Haha patutlah ma terpikat :D

Sinopsis dan Link untuk movie Dilwale

Assalamualaikum. Sekarang kan duk famous pasal movie Dilwale. Hakak dah tgk. Haha okaylah. Ni Dawie nk bg sinopsis ttg cerita and for those yg xtgk lg Dawie ada bg link utk download cerita ni. Dari pencuri movie 'psssstt' . Haha nak download movie tu tekan je link yg Dawie bg tu and just click "free download". Tp ingat movie ni 1.1gb tau. Pandai2 lah korang langgan tenet ke ambik wifi org ke, okay ? >_<  Haaa bawah ni sinopsis dulu. Serba sedikit ttg jalan cerita movie ni.





Sinopsis Film Dilwale 2015:

Khali (ShahRukh Khan) terlibat dalam dunia gangster dan telah dikhianati oleh wanita yang dicintainya, Meera (Kajol). Ketika Raj sedang menolong adiknya, Veer (Varun Dhawan), mengejar gadis yg diminatinya, Ishita (Kriti Sanon), Raj bertemu Meera kembali setelah 15 tahun. Meera salah faham dan masih belum bisa memaafkan dan melupakan masalah di antara mereka. Dan kedua-duanya ternyata masih mempunyai rasa cinta antara satu sama lain. Yang terjadi selanjutnya adalah peristiwa lucu yang penuh aksi dan drama. Apakah yang akan terjadi pada kedua kekasih itu dan juga keluarga mereka?


*p/s : Raj tu Khali.

Judul Film : Dilwale

* Film Tayang: 23 Desember 2015
* Genre: Action Comedy Crime
* Sutradara: Rohit Shetty
* Produksi: Red Chillies Entertainment
* Rating: D 17+
* Durasi: 156 minutes
# Cast:
- Kajol
- Shah Rukh Khan
- Kriti Sanon
- Varun Dhawan


Link download MOVIE DILWALE


; Sebelum tu lupa. Movie ni xde subtitle. So kena download subtitle lah. Just search dekat google, malay subtitle or english subtitle untuk movie Dilwale. Download subtite kejap je. Xpakai byk mb pun. Pastu nk tgk nnt pasang skali. :))


Ni Kajol dgn ShahRukh Khan. Kawan baik kan. Dr movie Kuch Kuch Ho Tai, Kabhi Kushi Kabhi Gham, My Name is Khan dan byk lagi. Ni Dilwale pulak. Yg heran tu makin tua makin cantik, lawa, handsome. Haha okaylah. Apa-apa pun bye.

Wednesday 13 January 2016

Cara mudah letak lagu dalam Blogger

Assalamualaikum. Lama tak buka blog. Heee. Buka tu buka tp tak update. Ni Dawie duk cari mcm mana nk buh lagu dlm blog. Duk jealous asyik buka blog org tetiba keluar lagu. Haha dawie nak jgk. Jenuh duk buat tp tak jadi2. Bila buka satu blog ni menjadi pulak apa yg dia ajr. Boleh buh byk lagu pulak. Mashihh abam. Haha. Okay ni Dawie pulak yg nak kongsi tips mudah and simple lah cara abam tu ajar. InshaAllah menjadi. Tak perlu nak sign in apa2. Tak perlu coding2 yang serabut bagai ni, buat pening jer nanti.

STEP 1 Dashboard --> Layout --> Add a gadget --> Javascript/ HTML

STEP 2 Set up untuk lagu. Korang boleh pergi SCM Player http://scmplayer.net/ <= klik link ni 

STEP 3 Korang pilih la je skin jenis apa yang korang nak. Nanti just 'tick' pada bulatan tu tau and tekan 'NEXT'.


Pastu pilih lagu yg korang nak.


And then type je Tajuk yg korang nk letak pastu sebelah dia copy link URL dr youtube . Buka je lagu yg korang nak dekat youtube pastu kat atas tu copy link dia and paste kan dekat box yg dia sediakan. Buh la berapa byk lagu yg nak. Okay ? ;p

 Pastu tekan 'NEXT' lagi.


Then, penuhkan tick pada ruang tu. Ikut kreativiti korang la. Bila dah siap tekan butang 'DONE'

STEP 4
Sekarang, korang boleh laa dapatkan kod untuk lagu korang tadi. Just copy semua kod dalam box tu dan paste kan dalam javascript/ HTML seperti di langkah 1 tadi.


STEP 5
Bila dah siap, apa lagi?? SAVE laaaa. Selamat mencuba. =)