Sunday, 1 February 2015

Perginya insan tersayang

Assalamualaikum. Hye lame xbuka blog nie. Tahun lepas SPM. Byk dugaan yg berlaku. 17/9/2014 ma saya telah kembali ke rahmatullah menghadap Illahi. Ma sakit. Sakit cancer. Detected cancer pada bulan 12 tahun 2012. Ma ada breast cancer. Buat rawatan kimoterapi dan operate. Tp atas ketentuanNya, cancer tu merebak ke kepala. Allah saja yg tahu betapa sakitnya ma waktu tu. Tp ma cuba juga kuat. Beli ubat utk sakit cancer dan mcm2 lagi. Kalaulah abah ada, mesti ma lagi semangat. Tp tu lah, semenjak abah kembali menemuiNya pada 2010, adik nampak ma down. Walaupun ma senyum, adik tahu ma sedih. Dulu ma selalu tanya adik kan, "adik xrindu abah ke?". Adik senyum je. Tp dlm hati adik, adik sebak, rindu sgt kat abah. Siapa sangka, abah pergi sebaik saja rumah yg abah buat siap. Adik waktu tu form 1. Baru masuk alam persekolahan menengah. 5 Mac 2010 abah pergi. Tinggalkan ma dgn ank2 ma. Sejak abah xde, adik tidur dgn ma. Adik xkisah bila kwn ckp adik manja. Tahun lepas adalah tahun plg berat dugaan utk adik. Adik SPM. Breast cancer ma naik ke kepala. Ada sekali tu ma sakit sgt. Bwk pegi hospital, adik jaga ma sbb adik beradik yg lain duduk jauh. Ma masuk pkul 2 pg. Adik xtidur pon. Pukul 5 pg, qaiyum ambik adik sbb adik kena pegi skolah. Petang pegi jenguk ma. Tp bila ma sedar, ma xigt anak2 ma. Ma tahu x, betapa takutnya adik waktu tu. Adik tgk ank2 laki ma menangis bila keluar dr wad. Tp lama2 ma igt. Doktor suruh operate dan doktor ckp lps operate kemungkinan besar ma akan lupa ingatan. Dgn izin Allah dan doa dr org sekeliling ma, ma igt dan sihat. Bersyukurnya adik. Tp Allah uji kami lagi. Kesihatan ma semakin merosot pd bulan puasa tahun lps. Ma xboleh bangun mana dan sampai la satu tahap ma xboleh bangun langsung. Ma kurus. Dan sampai la saat bila kaklang dan syikin bagitau adik yg ma dah xlama. Doktor jangka ma akan pergi sebelum raya haji. Adik kaku, senyum, pelik, mcm2 ada dlm fikiran. Kadang terfikir dlm hati, dah macam dlm cerita. Tp ini realiti. Ma selalu kata ma lenguh kaki dan suruh urut. Dan 17/9/2014 ma pergi. Betul sangkaan doktor. Adik buka wechat adik dan adik baca apa yg adik post pd hari kaklang bgtau. Tarikhnya adalah 17/8. Betul2 sebulan sebelum ma pergi.  Lagi sebulan lebih je ma, adik nak SPM. Adik waktu tu, Allah je tahu apa yg adik rasa. Dulu waktu adik PMR, ma buatkan adik makanan utk sahur sbb adik puasa waktu periksa. Tp waktu SPM adik beli air ducthlady je dgn mkn kurma. Masa PMR dulu ma teman adik waktu adik study pg dan solat tahajjud. Skrg adik study sorang2. Sedih xterkata. Adik jealous tgk kawan adik bergurau dgn ibu dia. Nnt result SPM, mesti adik lg sedih bila tgk kwn2 bwk mak ayah diorg. Ma igt x bila kita berdua janji nnt adik nak bwk ma buat umrah sama2. Tp bila Allah dah ckp 'kun faya kun', mcm mana sekali pun ia ttp terjd. Dlm masa 4 tahun, insan yg adik syg kembali menemui penciptanya. Rindunya adik pd ma dan abah. Andai ini takdir adik, adik redha. Semoga ma dan abah ditempatkan dikalangan org yg beriman. Amin.

0 comments: