Friday, 29 April 2016

Kem Sg. Pauh, Cameron Highland


Hai korang. Hari ni Dawie nak cerita pasal kem yg Dawie pergi. Kem ni dibawah subjek koko Kembara Rekreasi. So, nak xnak wajib pergi la uolls. Kem yg Dawie pergi ni buat dekat Sg. Pauh, Cameron Highlands. Uihhh sejuk nohh. Btw mmg sejuk, xtipu. Serious (chinjaaa) haaaa. Haaha. Pergi nya masa 22, 23 dan 24 bulan April 2016, kiranya minggu lepas ler ni bersamaan RM 80 hinggit (package 3 hari 2 malam). Pengalaman kem ni sangat best tau. Al maklumlah firstime haahaha (maluu). Meh Dawie buh gambar sambil cerita. Baru syiok kan.


Eh tertunjuk gambar beg pulak. Haha ni beg bagpacker yg Dawie bawak. Dia punya excited tu nk pergi sampai beli beg baru. Hee xde lah, beli beg ni sbb xde beg nk bwk. Kebetulan anak sedara pun pergi kem jugak pd tarikh yg sama. Dia bawak beg sekolah kita yg dulu. Nak xnak I beli ler jugak. Manalah tau berguna utk masa hadapan. Yer idokk? 


Ni dah sampai di Kem Sg.Pauh. Perjalanan dr Kuala Kangsar ke kem ni ambil masa dlm 3 jam sbb kami bertolak dr pukul 4 pm gitu, sampai sana dalam pukul 7pm. Maaflah gambar ni xsharp mana sbb ambik gambar time berjalan, mana xgoyangnya. Huhu


Suasana malam dan lepas baru pasang khemah ni. Dawie dgn kawan (Anis) tido dalam khemah besar tu (yang belakang). Dlm tu boleh muat dlm 30 org. Bak kata En. Zul (lecturer kembara), "tgh panas 30 org boleh muat, time sejuk ni 40 org boleh muat. Tido berhimpit, sejuk kan." Hhahaa dia punya punchline. Terima kasih En.Zul sbb xpernah lupa buat kami tersenyum.


Waktu ni tgh makan2. Makanan depa bg yg tin2, lepastu kena masak sendiri. Huhu oh lupa sebelum ni, tgh duk kira orang, dalam senarai nama ada 167 orang. Bila duk kira sorang2, ada 168 org (omaigodd) celah mana datang sorang lagi pun xtau. Kami seram sejuk ja. Hahaaha lepas duk kira tu lecturer kata, "xpa lah kami halalkan". Then, En. Zul bahagikan group, 5 perempuan 5 lelaki. Group kitorang 6 perempuan 4 lelaki, pasal xcukup. En. Zul kata "yg lelaki dpn sekali bangun. Okay ni ketua korang, pastu yg perempuan dpn sekali bangun". Dawie dah Alhamdulillah. Haha. Lepastu En. Zul diam kejap. Dia cakap "duduk balik, yg belakang sekali perempuan, semua bangun". Allahu Dawie pulak duk belakang sekali. Terus dia cakap, "okay ni penolong ketua korang". HAHA rasa nak babap je En. Zul ni. Haihh sis redho je la >.< Lepas dah makan apa semua, kami masuk tidoq.


Haa ambik kau, ketaqq abis satu badan. Tido dalam khemah. Dalam khemah tu, meh sis nak bgtau, kami tido beralaskan tikar nipis je. Dengan pasirnya sejuk. Allahurabbi, sejuk sungguh. Ni firstime pi Cameron suhu 15'C. Mula Dawie tido pakai stoking dgn baju sejuk, pastu xtahan sgt dah pakai kasut. Xmenjadi jugak. Mcm xpakai apa kat kaki. Sejuk sgt.


Ni suasana waktu pagi. Lawakan? I'm getting fall in love with this place. Ce wahh.


Ni group kami, tgh duk masak. Yg laki nya excited, setiap kali masak, depa yg masaknya. Yg perempuan xmasak pun. Bukan apa, kami segan, bukan malas, serious eh. Kalo duk rumah pun, kita duk tgh masak tetiba abg mai jenguk tgk. Dawie dah marah dia suh pi depan. Xpayah duk menyibuk kat dapur. Heehe maaflah kalo kami xmenyenangkan korang. Aihh


Group lain duk masak.



Ni lokasi kem Sg.Pauh. Lawakan. Ada sungai, sungai bersih. Xdan nk ambik gambar sungai tu. Hihi


Tadaaa. Haa ni yg group kami masak. Semua kena masak sendiri even nasi pun. Nasi + Sardin. Sudu tu ada dua sbb kongsi dgn mek Anis. Lecturer suh makan nasi sbb lepas tu kena hiking Gunung Berembun.

Bab hiking ni nak cerita sikit. Kami ada 17 group semuanya. 8 group pi hiking, yg selebihnya buat flying fox dulu dgn abseiling (yg turun tali dr tempat tinggi). Dawie tersangat sangat x100 malu gila time ni. Makkkkkkkk. Sbb Dawie nk hiking tp cepat penat. Haa mcm mana tu. Kira org duk focus kat Dawie. Hiking ni pun Dawie firstime. Ingatkan kira okay lah. Tp adoyyai, dengan pernafasan xcukup. First start tu dlm 10 minit, 2 org xmampu nk hiking, so diorang turun balik. Dawie ni degil,  dah tau cepat penat nk pegi jgk. Sbb Dawie ckp pada diri sendiri, selagi kau xkuat, sampai bila2 kau xboleh hiking. Hmm diorang sampai ambik kayu buat tongkat. Hahaha malu gila. Last sampai jgk di puncak. Mula igt balik dgn jalan lain, sbb satu jalan tu okay sikit drpd yg masa naik tu tp ambik masa lama la sikit. Dawie ckp xpalah asalkan bukan jalan td. Jalan yg sebelumnya, Ya Allah dgn curam nya, licin, mmg bahayalah. Tp tu lah, mmg terpaksa lalu jgk jalan td, xtau pasal apa. Nak balik tu pun satu dugaan jgk. Addoii, group Dawie 2 laki, 2 perempuan teman Dawie. Geng kami mmg ketinggalan lah. Ada sorang lagi mcm Dawie, cepat penat jugak. Dengan keadaan sejuk. Jd pernafasan agak terhad. Time nk panjat tu sorang laki group Dawie suh pegang kayu, maknanya dia tarik Dawie pakai kayu tu. Damn malu gila kot. Huuuu rasa nak nangis, rasa xmau pergi kolej dah, takut terserempak dgn depa. Rasanya pengalaman paling malu yg Dawie pernah rasa. Kami hiking ambil masa 4 jam 30 min pergi balik. Flying fox dgn abseiling xsempat buat sebab hujan. Adehh padahal Dawie paling tringin sangat nak flying fox. Mungkin InshaAllah nextime.


Ni waktu malam terakhir, kami kena buat persembahan utk setiap group. Biasalah kem. Mesti ada malam santai2 punya ( malam kebudayaan)


And nak tau kami buat persembahan apa? Of course nyanyi lagu, lagu 'Memori Berkasih' Hahahahaaha ni nk gelak kuat ni.


Ni tangan Anis, org nak ambik gambar, dia sebok nak interframe jgk. Biar tangan je pun. Hhuhu



Ini hari terakhir kami. Masa ni tgh buat ujian khemah utk sape yg xselesai buat ujian lagi. Kami ada 5 ujian, ujian ikatan tali, ikatan anduh, pasang dan lipat khemah, peta dan kompas. Setiap ujian 5 markah semuanya. Ujian ikatan tali, ikatan anduh, pasang dan lipat khemah dah buat sehari sebelum pergi kem ni. Sbb lecturer ckp nnt dekat kem xde lah ambik masa sgt.



Ujian kompas dan peta xbuat lagi sbb ada masalah teknikal. Dan tau x, masa lecturer En. Azizi, En. Hairol, En. Murad dan En. Zul berucap depa bagitau yg ujian dua tu depa bagi bonus. Sbb depa rasa kem kali ni paling enjoy depa pernah pergi :)) Alhamdulillah. En. Azizi bgtau, "kali ni xde injured, ada sikap saling kerjasama. Kami semua rasa sangat seronok". :D




Waktu ni duk tunggu berapa orang lagi yg tgh pasang khemah. Sambil tunggu lecturer buat lawak, menyanyi, menyakat student melatah. Haha memang lawak. Sporting abis.


Majlis penutup dan penyerahan sijil.



Waktu ni dah abis, diorang saling salam bersalaman. Seriously sedih gila. Xsangka mcm ni pulak. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan? Maaf teremo pulak (rasa sebak) :')



Masa utk bergambar. Carilah mana saya. Hehe


Ni gambar google. Tp nk bgtau sebelum balik sempat pergi beli strawberry utk family. Ladang dekat je dgn kem ni. Jalan kaki ramai2. Masa balik drpd beli strawberry, En.Zul acah² nak tahan student depan Dawie. Tp dia ketepi dan Dawie yg kena tahan. Dia tanya beli apa sambil tgk dlm beg plastik. Saya cakap, "beli strawberry". Pastu dia tanya, "berapa semua, nk bg sape?" Mungkin dia tanya sbb Dawie beli 5 kotak strawberry. Dawie jawab, "RM 25 semua, utk familylah". Dia terkejut, tanya balik "Family? Awak duk mana?" Saya jawab "Perak". Dia kata balik "ye lah Perak kat mana, duk kat kolej?", saya kata "dkt Padang Rengas, duk dgn family". Baru dia faham, dia kata "ooo bagus beli utk family, beli utk mak. Nnt kirim salam dekat mak tau". Dawie senyum sambil kata InshaAllah. Ma ada org kirim salam. :')

Okay tu je lah Dawie nak story. Harap korang enjoy, walaupun Dawie tau xsiapa nak baca. Blog ni dah mcm diary Dawie :))

Terima kasih atas semua yg terlibat dan minta maaf atas kekurangan Dawie.

0 comments: